Google+ Followers

Isnin, 30 Jun 2014

Terpaut Dengan Janda

Bila aku dah ceneneng stress....aku akan cari donat Epal Besar tapi bila nengok perut dah macam 'kembung'  terus tak jadi nak makan.Aku pun amik kunci terus bawak kete jalan-jalan nengok pemandangan.Hingga lah tetibe aku sampai satu perkampungan dan ternampak satu benda yang buat kepala aku okey balik.Aku nengok benda tu terpampang

                                               'KAMPUNG JANDA BAIK"punyer


Sebenarnya aku rancang nak lega kan badan dan kepala ni kat tempat yang ade hutan dan nak nengok alam.Unsur alam je yang mampu buat aku waras balik,bagi aku bila aku dok dekat dengan alam ni aku dapat nengok hidup dengan lebih jelas lagi tanpa ada gangguan dari unsur kemodenan manusia yang tak pernah berhenti memuaskan hidup..eh...dah kelain ni..Ok..sambung balik.Aku terus jenjalan kat  kawasan kampung ni dan memang tak dinafikan memang kampung ni sangat best dan aman sekali.

Pemandangan sini memang sesuai untuk orang-orang yang gemar kan alam semula jadi dan suasana kekampungan.Dari ape yang aku nengok la, kampung ni masih lagi terpelihara dari pencemaran.Memang jiwa tenang la kat sini sebab memang takde hiruk pikuk macam kat bandar tu cuma monyet dan lotong je yang riuh kat pokok-pokok sepanjang jalan.Sepanjang jalan tu aku nengok memang banyak la papantanda chalet dan penginapan,kampung ni memang kebanyakan dibangunkan untuk tujuan pelancongan dan bina semangat sebab banyak kem latihan,chalet,tapak perkhemahan dan padang untuk buat sukaneka.Dan dikampung ni juga banyak warung-warung dan restoren yang bagi aku kira okey la untuk nak cari makan cume nak kena banyak tanya orang kat situ la kedai mana yang sedap.

Pastu aku pikir nak bermalam kat sini sebab macam tak puas je, aku sampai pun dah lewat petang,aku pun gunakan encik google jap untuk cari tempat nak tido dan ade satu tempat yang aku terpaut, aku pun call guesthouse ni dan yang angkat seorang pompuan tapi gaya percakapan macam sabah tapi sebutan macam omputih.hah..camne tu kan.Borak punye borak, deal punye deal aku amik jenis Privacy Chalet.Kemain lagi ko.

Tapi masa aku nak cari guesthouse ni memang aku tak jumpa dan satu lagi sebab hari dah malam kot,kalo aku ikut arahan dari tuanpunya macam dah betul tapi tempat yang sampai semak dan belukar.Rupenyaaaaa…….

Gambar ni masa waktu pagi esoknya,masa aku sampai kawasan ni gelap gelita

Nampak tak…nak masuk ke kawasan guesthouse ni kena seberang sungai guna jambatan ni.Maknanya kereta kena letak di luar kawasan chalet.Memang terpukau gile sebab pemandangan sangat cantik la.Kawasan chalet ni ringkas je,kawasan nye lapang dan ada banyak chalet yang dibina jarak-jarak la dan dikelilingi oleh pokok-pokok dan ditambah lak dengan jambatan tu kan,memang lah aku taknak balik.
Aku tido 2 malam, chalet aku tido tu memang terbaik sebab betul-betul sebelah sungai dan yang macam kelakar sikit tandas dan bilik mandi di luar dan dinding dan atap dibuat dari buluh….YA…BULUH…Hahaha.Aku rasa tuanpunya ni nak kekalkan nilai-nilai kekampungan walaupun ditandas.Tapi buluh pun, dalam dia tandas duduk ‘Johnson Suisse’ tau dan ada pancuran mandi.

Pandangan dari tingkap bilik aku,Nampak tak sungainya.hahaha

Ni kawasan lapang chalet,boleh la nak buat sukaneka

Kat sini memang sesuai untuk melegakan kepala dan badan je la sebab disini tiada sebarang hiburan yang aku Nampak.Kemungkinan ada tapi aku yang tak tahu dan malas nak mencari sebab masa ni aku memang rancang untuk duduk di bilik dan kawasan sekitar tu aje untuk layankan diri dan cari ilham.hahaha.Petang nye aku pusing keliling kampung dan terjumpa la kedai kopi yang lain dari yang lain.Hiasan kedai tu lebih kepada ala-ala Bali kot.Kopi nya pun bole tahan dan aku kagum la dengan dekorasi dan hiasan kedai tu.Cube nengok la..

Pintu masuk kedai

Hiasan dalaman kedai

Secara keseluruhannya aku rasa Janda Baik ni kira bagus lah untuk mereka yang mencari ketenangan dengan alam dan masa aku pusing keliling kampung tu banyak tempat untuk perkelahan dan juga sesuai untuk buat hari keluarga dalam bilangan yang ramai la.

Sesiapa yang berminat nak pergi guesthouse ni namanya:

ZAINI GUESTHOUSE

Boleh ke laman www.zainiguesthouse.com untuk maklumat lanjut

Mesti anda dilayan dengan baik sebab masa aku sampai diorang tak panggil aku pelanggan atau pelancong tapi dia panggil aku tetamu ye..rasa macam family lak.

Satu lagi isteri kepada tuanpunya ni orang Perancis tapi bahasa Melayu dia kalah cikgu sekolah.memang fasih.Nanti jangan terperanjat ada nampak orang putih pakai kain batik dalam kawasan tu.Aku suka cara hidup keluarga Encik Zaini ni,cara hidup kampung dan ringkas tapi cukup untuk menampung hidup.Memang aku impikan kehidupan begini la yang dikelilingi alam semula jadi.Harap satu hari aku dapat la kehidupan ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan