Jumaat, 4 Julai 2014

Korban Kecewa

Kadang kala pengorbanan yang kita telah lakukan tidak semesti datangnya keindahan dan kegembiraan pada pengakhirannya.Lebih-lebih lagi jika ianya di buat untuk seseorang insan,sememangnya akan dipandang remeh dan mudah kerana mereka tidak pernah rasa dan tahu ape yang kita lalui tentang hati dan perasaan.

Setelah sekian lama hidup,aku mula letih dan penat dengan perasaan terbuang ini.aku rasa benda ini umpama tayangan ulangan yang akan sentiasa berlegar didalam hidupku.Bagi aku, bila aku berjumpa dengan dengan seseorang yang aku berjanji untuk sehidup semati semua ini akan berakhir, tapi tidak sama sekali.Itu yang membuatkan ianya lebih terasa dan mengecewakan hati kecil ini.Aku membuat kesimpulan bahawa

“AKU HANYA INSAN BIASA YANG TIADA  MEMBERI MAKNA KEPADA SESIAPA”

Kata-kata dari aku tiada yang pernah menerima, luahan pendapat dan isi hati aku hanya laluan jenaka untuk manusia sekeliling aku.Kehidupan aku ini selalu menjadi penerima akibat atas kesilapan orang lain,diri ini selalu diketepikan disebabkan kepentingan untuk menjaga hati orang lain. Perjanjian pada diri ini, kali terakhir titisan tangisan aku ini adalah pada saat pemergian ayah aku menghadap Ilahi.Jadi aku tiada pilihan lain iaitu mencurah kan airmata ini didalam hati yang takkan dilihat oleh sesiapa.

Sedih,kecewa ,putus asa dan bermacam-macam aku rasa pada saat ini.Adakah ini kitaran hidup yang perlu aku lalui sedangkan semasa di usia yang kecil telah berbagai pahit harus aku terima.Aku tahu orang akan berkata

                        ‘ada ramai lagi insan diluar sana yang lebih menderita’

Tapi untuk diri aku ini mereka semua tidak faham dan menyedihkan lagi tidak mahu faham perasaan ini.Itu adalah hak tersendiri.Aku dengan keadaan aku, laluan hidup aku berbeza dan tidak pernah sama dengan sesiapa .Jadi penerimaan aku tentang sesuatu  yang mendatang juga tersendiri,dan semestilah berbeza dengan apa yang di fikirkan orang lain.





Wahai hati dan perasaan, aku memohon maaf kerana kamu berada didalam badan yang salah kerana sering di sakiti,di hancurkan,di tikam,di siat dan dikoyak

**Perasaan ini mungkin adalah satu-satunya  hadiah untuk Hari Lahir ku yang jatuh pada hari ini.Terima Kasih…

                                                                                                               
                                                                                                                                                                -TT47-